RINGKASAN RESUME

RESUME

MAKSUD: Definisi : (résumé) 1. IB ringkasan (ikhtisar); 2. keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya, biasanya disertakan utk memohon sesuatu pekerjaan; meresumekan meringkaskan, meng­ikhtisar­­kan.(Kamus Dewan Edisi Keempat) - (Sumber Google)

FORMAT: Resume kebiasaannya TIADA FORMAT TETAP yang perlu anda ikut. Gunakan kreativiti untuk menghasilkan resume yang ringkas, padat dan menarik. Resume yang mempunyai infografik juga boleh menarik minat penemuduga untuk membacanya.

BILANGAN MUKA SURAT: Resume sepatutnya hanya 1 satu muka surat saja

OBJEKTIF: Adalah WAJIB dinyatakan. Biasanya ia diletakkan di bahagian awal/ atas resume.

INFO: Resume perlu pamerkan perkara yang penting saja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Sekiranya anda memohon untuk jawatan graphic designer, nyatakan pendidikan, pencapaian, pengalaman dan kemahiran yang anda ada untuk jawatan tersebut. Nyatakan segala input yang memenuhi kriteria-kriteria jawatan yang dipohon.

RUJUKAN: Rujukan adalah seseorang yang boleh mengesahkan kemahiran anda. (2 orang sahaja)
🎀Jangan sesekali letak rujukan yang mempunyai hubungan sosial Contohnya keluarga, ayah, mak, abang, kakak, adik, saudara dll.
🎀 Jangan sesekali letak rujukan seseorang yang mempunyai hubungan/ kenal tidak sampai 3 bulan.
🎀Bagi GRADUAN yang belum mempunyai pengalaman kerja, letakan orang yang mengenali anda. Contohnya (Pensyarah, Guru, Presiden Kelab & Persatuan, Penyelia Projek akhir tahun). 
🎀Bagi yang MEMPUNYAI PENGALAMAN KERJAletakan orang yang pernah bekerja dengan anda. Contohnya (Ketua Jabatan, Penyelia, Sumber Manusia/ Human Resources). 

COVER LETTER: TIDAK PERLU disertakan dengan cover letter kerana resume adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses permohonan anda. Tetapi ramai antara kita request utuk membuat cover letter bersama resume.Tetapi terpulang kepada hak individu untuk sertakan sekali atau tidak semasa momohon jawatan. Pihak kami hanya memberi secara PERCUMA cover letter jika mengambil servis daripada kami.

Contoh Resume

Share:

No comments:

Post a Comment