RINGKASAN CURRICULUM VITAE/CV

CURRICULUM VITAE

MAKSUD: Definisi : (curriculum vitae) adalah dokumen yang mempunyai maklumat lengkap dan tersusun tentang pengalaman profesional dan kelayakan seseorang.Tetapi terdapat beberapa perbezaan dari segi susunan dan penyampaian CV dari satu negara ke negara yang lain. Pada dasarnya, isi kandungannya tetap sama.

FORMAT: CV perlu mengikut format yang DITETAPKAN. Pastikan ia teratur dan kemas. Ini akan memudahkan CV anda untuk dibaca. Banyak info dan maklumat yang perlu anda letakkan.Semua perkara yang anda telah lalui dalam kehidupan ini anda boleh letakkan di dalam CV.

BILANGAN MUKASURAT: CV anda tidak melebihi 3 muka surat. Jika melebih-lebih kemungkinan penemuduga bosan membaca CV anda jika terlalu panjang. Pastikan ia dalam keadaan yang kemas dan tersusun.

OBJEKTIFObjektif adalah TIDAK PERLU dinyatakan sekiranya anda telah membuat Ringkasan/ Executive Summary. Biasanya ia diletakkan di bahagian awal/ atas CV.

INFO WAJIB: Info yang wajib ada di dalam CV adalah dengan membuat pembahagian section latar belakang diri, pelajaran, pengalaman bekerja, pencapaian, aktiviti, kursus dan kemahiran yang ada pada anda. 

RUJUKAN: Rujukan adalah seseorang yang boleh mengesahkan kemahiran anda. (2 orang sahaja)
🎀Jangan sesekali letak rujukan yang mempunyai hubungan sosial Contohnya keluarga, ayah, mak, abang, kakak, adik, saudara dll.
🎀 Jangan sesekali letak rujukan seseorang yang mempunyai hubungan/ kenal tidak sampai 3 bulan.
🎀Bagi GRADUAN yang belum mempunyai pengalaman kerja, letakan orang yang mengenali anda. Contohnya (Pensyarah, Guru, Presiden Kelab & Persatuan, Penyelia Projek akhir tahun). 
🎀Bagi yang MEMPUNYAI PENGALAMAN KERJAletakan orang yang pernah bekerja dengan anda. Contohnya (Ketua Jabatan, Penyelia, Sumber Manusia/ Human Resources). 

COVER LETTER: Perlu disertakan dengan cover letter (surat pengiring) yang bertujuan untuk meringkaskan kandungan dalam CV dan kesesuaian individu terbabit dengan kerja yang dipohon. Pihak kami memberi secara PERCUMA cover letter jika mengambil servis daripada kami.

Contoh Curriculum Vitae (Page 1)
Contoh Curriculum Vitae (Page 2)
Share:

No comments:

Post a Comment