TIPS SEBELUM MEMBUAT RESUME @ CURRICULUM VITAE

Apa maksud Resume? 
RESUME adalah RINGKASAN maklumat profil diri anda, sejarah profesional, kemahiran,  dan rujukan anda. (Hanya 1 mukasurat sahaja)

Apa maksud Curriculum Vitae/ CV? 
CURRICULUM VITAE / CV adalah maklumat TERPERINCI mengenai profil diri anda, sejarah profesional, kemahiran, kebolehan, pencapaian, penerbitan dan rujukan dan lain-lain (Kebiasaan 2-3,4 mukasurat)

Apa maksud Cover Letter? 
COVER LETTER adalah SURAT PERIBADI @ SURAT PERMOHONAN KERJA mengenai maklumat ringkasan yang padat tentang peribadi, pendidikan dan sejarah pekerjaan kita bagi menunjukkan kelayakan kita untuk satu-satu jenis pekerjaan atau jawatan yang diminati. Ia perlu dilampirkan bersama RESUME @ CV setiap kali untuk kita memohon pekerjaan bagi memastikan pekerjaan yang anda mohon di terima majikan.

Tips sebelum membuat Resume & CV?
1)  Mencari KATA KUNCI/ KEYWORD dalam posting kerja. 
2) Mencari contoh-contoh DESIGN TEMPLATE Resume @ CV dalam bidang / industri anda. 
3) Menggunakan format FONT yang profesional. 
4) Menggunakan WARNA yang sesuai untuk resume / CV. Cth Biru, Hitam 
5) Hanya masukkan maklumat yang paling RELEVEN dan yang paling PENTING terlebih dahulu. 
6) Gunakan ayat yang AKTIF, contoh “achieved”, “earned”, “completed” or “accomplished” etc. 
7) Memasukan SUBHEADINGS & SECTIONS yang anda perlukan. Cth Profil diri, latar belakang pendidikan, pengalaman kerja, rujukan, anugerah, lain-lain 
8) Pilih MARGIN yang sesuai. 
9) MENYEMAK dan MENGEDIT, contoh menyemak tiada kesilapan ejaan atau tatabahasa. 
10) Membuat keputusan sama ada anda memerlukan resume UNIK / UMUM untuk pekerjaan yang berbeza


CARA MENULIS RESUME
PERBEZAAN RESUME DAN CV

Share:

No comments:

Post a Comment