CARA MENYUSUN SIJIL - SIJIL SEMASA INTERVIEW


TEMUDUGA/INTERVIEW
Temuduga/Interview adalah proses yang penting bagi menjamin anda untuk mendapat tempat dalam jawatan yang dipohon. Persediaan dokumen untuk ditemuduga juga merupakan elemen penting yang perlu dititik beratkan. Ramai yang tidak tahu cara menyusun sijil-sijil semasa sesi temuduga. Sijil hendaklah disusun teratur mengikut peringkat pendidikan.

SENARAI SIJIL-SIJIL DI DALAM FILE SEMASA INTERVIEW
1.  Cover Letter/ Surat Permohonan kerja 
2. Resume / Curriculum Vitae (Pastikan document print BERWARNA) 
3. Salinan IC (Standby Kad Pengenalan) 
4. Surat beranak/sijil kelahiran 
5. Sijil PMR/SPM 
6. Surat berhenti sekolah 
7. Sijil Diploma 
8. Transkrip Diploma 
9. Sijil Degree/ Sarjana Muda 
10. Transkrip Degree / Sarjana Muda 
11. Sijil akademik yang berkaitan 
12. Sijil aktiviti luar/kokurikulum 
(DOCUMENT ASAL WAJIB DIBAWA)

**Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun.

**Bagi pemohon yang apply melalui email, jika mahu menyusun resume dan sijil dalam format softcopy PDF boleh combine semua files di https://combinepdf.com/
Share:

No comments:

Post a Comment