KESALAHAN DALAM MENULIS RESUME & CV

ALAMAT E-MEL  
E-mel yang tidak profesional, terlalu panjang ejaannya. 
Contohnya SALAH : airasprincesscutegirls2000@yahoo.com (X)
Contohnya BETUL : aira2000@yahoo.com (/)

PENGALAMAN KERJA YANG TIDAK RELEVAN 
Kesalahan yang sering dilakukan dalam resume adalah apabila calon memasukan pengalaman kerja berjela-jela banyaknya. Calon harus memasukan pengalaman yang berkaitan dengan jawatan dipohon sahaja. Contohnya: Calon meletakan pengalaman kerja sebagai Pelayan di restoran yang pernah bekerja beberapa tahun lalu, tetapi, jika anda memohon bekerja sebagai seorang Eksekutif di sebuah bank, perkara itu tidak lagi relevan. Tidak perlu masukan pengalaman bekerja di kedai runcit, part-time job ketika belajar dan sebagainya yang tidak berkaitan 

BILANGAN MUKASURAT 
Untuk fresh graduate, jika tiada pengalaman kerja anda boleh buat resume 1 page. Jika mempunyai pengalaman kerja seeloknya bilangan maximum 2 pages. Panjang sangat nanti penat pulak majikan nak baca.

CGPA DAN GRED 
Jika gred calon hanya sekadar biasa sahaja/ "cukup makan", calon boleh meletakan keputusan "Lulus" sahaja. Jika gred CGPA 3.5 atau lebih tinggi, lebih baik tonjolkan didalam resume. 

KEMAHIRAN 
Skala ukuran kemahiran yang tidak realistik (1-10) 

TIADA GAMBAR ATAU GAMBAR TIDAK SESUAI 
Gambar merupakan salah satu elemen yang wajib diletakkan dalam resume anda. Oleh hal demikian, ia secara tidak langsung, memberikan tanggapan pertama terhadap anda. Ada juga di antara pemohon yang meletakkan gambar selfie. Memang tak sesuai ok. Gambar yang paling diterima adalah gambar passport latar belakang biru/putih. 

RUJUKAN 
Kebanyakan resume memang ada diletakan rujukan berserta nama, alamat, jawatan dan nombor telefon untuk dihubungi. Jadi kebanyakan bakal majikan tidak akan hubungi rujukan diberi oleh calon. Melainkan dalam panduan permohonan, meraka ada minta calon meletakan nama rujukan. Kalau tidak diminta, tidak salah pun kalau calon tidak letak. Jangan sesekali meletak rujukan seperti "ahli keluarga, ayah, ibu, abang". Pentingnya meminta izin terlebih dahulu supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi bakal majikan. 

RESUME TERLALU "MERIAH" / FONT TIDAK SESUAI
Resume yang terlalu berwarna-warni, dan mempunyai banyak jenis tulisan yang berbeza. Gunakan tulisan, warna yang bersesuaian dan nampak lebih profesional dan menarik para majikan membacanya. Pastikan guna font yang senang nak baca, tak besar sangat tak kecik sangat dan tak berserabut. Font yang sesuai Contohnya Arial, Times New Roman, Calibri dengan saiz 9/10/11/12 

KESALAHAN EJAAN, BAHASA & LAIN-LAIN 
Dalam menulis resume, kesalahan ejaan boleh dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Menurut kaji selidik CareerBuilder 2013, 58% majikan mengenal pasti, resume dengan kecuaian pada ejaan dan penggunaan bahasa adalah salah satu kesilapan utama yang menyebabkan mereka menolak calon secara automatik. Kecuaian ini menunjukan calon seorang yang pemalas, tidak fokus dan tidak serius sehingga kesalahan begini berlaku. Jadi sila semak kesalahan tatabahasa, kesalahan ejaan dan penggunaan ayat yang dilakukan. 

PEMOHONAN MELALUI E-MEL 
Menghantar email menggunakan ayat yang tidak profesional dan terlalu ringkas. Calon juga tidak seharusnya membuat permohonan kerja kepada pelbagai organisasi dalam satu e-mel yang sama. Setiap permohonan kerja wajib dihantar secara berasingan. Satu e-mel hanya dihantar kepada satu syarikat sahaja. Hantar dalam bentuk PDF! Supaya format & alignment tak lari bila majikan download.

SALAH
BETUL


Share:

No comments:

Post a Comment